Biasanya jika ada pelanggan Saudagar Emas yang bertanya, ‘nak jual semula pada siapa ya, bila dah untung nanti?,’ saya akan jawab, ‘boleh jual semula pada Saudagar Emas lah.’
Walaupun saya selalu tekankan agar pembelian emas dan perak ini adalah sebagai asset untuk masa depan dan hanya perlu dijual semula jika ada keperluan tertentu sahaja, bukan bila dah untung nanti, tapi masih ramai yang lebih minat untuk menjadikan emas dan perak ini sebagai satu pelaburan dan bukannya sebagai simpanan untuk masa depan. Nanti kita sambung cerita simpanan emas vs pelaburan emas ini.
Sebenarnya nak kongsi cerita jumaat lepas, dimana seorang taukeh kedai emas di Kuala Lumpur telah menalifon untuk menjual goldbar Public Gold (PG) kepada Saudagar Emas.
Kalau pelanggan/pemilik goldbar yang nak jual semula, itu biasa. Tapi jarang sangat taukeh kedai emas pula yang nak jual pada kita kerana biasanya mereka ada pembekal/kilang tertentu yang mereka sering berurusan dan mendapat harga yang baik.
Setelah membuat temujanji, kami bersetuju agar urusniaga ini dijalankan di pejabat Saudagar Emas di Bandar Tasik Selatan.
Setelah berkenalan dan berbual pendek, barulah diketahui rupa-rupanya ada orang yang telah menjual goldbar tersebut pada taukeh ini untuk ditukar (trade in) dengan barang kemas di kedai emas beliau.
Bila ditanya mengapa ingin jual pada Saudagar Emas, taukeh ini menjawab, ‘You punya harga tinggi wooo… baik jual sama you saja.’
Saya tertanya-tanya, mengapa pemilik asal goldbar itu tidak menjual semula pada PG atau mana-mana pengedar PG, tentu boleh dapat harga yang lebih baik? (Link pengedar PG rangkaian Saudagar Emas di sini). Kemudian barulah ke mana-mana kedai emas untuk membeli barang kemas yang baru (tapi PG juga ada menjual barang kemas tau. Link di sini).
Sebab itu, saya selalu berpesan kepada pelanggan-pelanggan Saudagar Emas, belilah dengan kami kerana harga kami lebih rendah dan sekiranya perlu untuk jual semula, juallah semula kepada kami, kerana kami membeli dengan harga tinggi!
Semoga cerita ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada pelanggan-pelanggan dan bakal-bakal pelanggan Saudagar Emas agar jika hendak jual emas, juallah kepada Saudagar Emas samada goldbar, syiling, dinar mahupun barang kemas. Tak kiralah keluaran mana, samada barang kemas lama, emas terpakai, patah, rosak dan tak kira jugalah samada ketulenannya 999, 916, 835, 750, 585, 375 dan sebagainya, semuanya kami beli semula dengan harga yang tinggi.
Kalau taukeh kedai emas pun jual emas terpakai pada Saudagar Emas, kerana harga belian semula kami lebih tinggi, apatah lagi pelanggan-pelanggan sedia ada dan bakal-bakal pelanggan Saudagar Emas.
Masih teringat-ingat lagi kata-kata taukeh kedai emas itu, ‘You punya harga tinggi wooo… baik jual sama you saja.’
Di Saudagar Emas, Kita Mengubah Cara Simpanan Untuk Masa Depan!
Nota:
Semua perkataan Saudagar Emas dalam artikel ini merujuk kepada Saudagar Emas Trading.


























