Ramai di kalangan prospek dan pelanggan Saudagar Emas Trading sering bertanya samada kami menerima pembelian emas dan perak melalui kad kredit. Walaupun kami telah menyediakan kaedah pembayaran dengan kad kredit melalui paypal (klik sini) tetapi masih ramai yang lebih selesa untuk melakukan melalui mesin kad kredit itu sendiri.
Bagi memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan setia kami, dimaklumkan mulai sekarang, anda boleh berbuat demikian samada di pejabat kami atau dimana saja tempat urusniaga kita; kerana kami telah menyediakan kemudahan ini khas untuk semua bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada kami. Walau bagaimanapun, kos perkhidmatan sebanyak 3% dari harga pembelian akan dikenakan kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan kemudahan ini.
Semoga dengan kemudahan yang disediakan ini akan lebih memudahkan urusan pembelian emas dan perak anda dengan tidak lagi perlu membawa tunai yang banyak seperti sebelum ini.
Untuk urusan pembelian melalui kad kredit ini, sila hubungi kami di 010-2252367.
Di Saudagar Emas, Kita Mengubah Cara Simpanan Untuk Masa Depan!


























